Friday, February 7, 2014

Adab menjaga alam - Pendidikan Quran Sunnah

Adab Menjaga Alam



Menjaga Alam menurut Islam

Alam ialah segala yang ada di langit dan dibumi. Sebagai makhluk yang dilantik oleh Allah S.w.t menjadi khalifah dimuka bumi ini ' manusia bertanggungjawab memelihara dan menjaga alam. Pada waktu yang sama , mereka juga perlu menghindarkan diri daripada melakukan aktiviti yang boleh merusakkan dan mencemarkan alam


Dalil beradab dengan alam

Dalil Nakli

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Melayu :Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.Surah Al-Qashash Ayat: 71




Adab-Adab Menjaga Alam

Memelihara Alam Sekitar : Setiap muslim bertanggungjawab menjaga alam sekitar kerana kehidupan mereka berkait rapat dan bergantung pada alam sekitar . Alam sekitar yang kotor memudharatkan kehidupan manusia . Oleh itu , kita perlu memelihara alam sekitar sama ada didarat , laut , dan udara daripada sebarang kerosakkan , pencemaran dan kemusnahan .

Tidak merusakkan Kepada Alam Sekitar : Kerusakkan yang dilakukan oleh manusia kepada alam sekitar boleh memudaratkan kehidupan manusia . Terdapat banyak kerusakkan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar . Antaranya ialah membuang sampah sarap,najis dan sisa bahan kimia .

Menjaga kebersihan alam sekitar : terdapat banyak tindakkan dan amalan yang boleh dilakukan bagi menjaga kebersihan alam sekitar . Antaranya ialah membersihkan sampah sarap , sisa bahan kimia dan menanam pokok-pokok .


Contoh Rasullah Menjaga Alam



1. Rasullah telah menyatakan bahawa memelihara kebersihan sama ada diri atau alam sekitar merupakan sebahagian daripada iman

2. Rasullah apabila mengutuskan tentera islam untuk berjihad , baginda akan berpesan antara pesanannya ialah tidak memotong atau memusnahkan pokok-pokok yang berbuah dan juga membunuh haiwan-haiwan ternakkan pihak musuh

3. Rasullah menyatakan tiga perkara yang menyebabkan seseorang itu dilaknak oleh Allah iaitu buang air besar ditempat sumber air serta tempat berteduh

4. Rasullah mengingatkan para sahabat supaya bersyukur dengan semua kejadian yang ada di alam ini. Oleh sebab itu , rasullah pernah menegah para sahabat daripada membunuh binatang tanpa tujuan .......


Cara menjaga alam
Sekolah Dan Surau Memastikan Bersih daripada sampah sarap dan kotoran

tidak merusakkan kemudahan yang disediakan

menjaga kebersihan tandas
Sungai Dan Laut Membersihkan dan tidak membuang sampah sarap kedalamnya

memelihara batu karang , organisma , tumbuh-tumbuhan di laut atau sungai
Hutan Dan Pokok Memperbanyakkan penanaman semula pokok untuk menghijaukan alam sekitar

tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan penebangan hutan tanpa kawalan
Udara memperbanyakkan penanaman pokok

tidak melakukan pembakaran terbukan

tidak mencemarkan udara dengan asap kenderaan


Sekian terima kasih Untuk pelajar-pelajar yang mengunakan artikel ini sebagai rujukan insha Allah saya akan buat nota ringkas jika ada masa . Al maklum saya juga sibuk nak study untuk spm yg bakal berlansung hehe ..

8 comments

dalil itu, surah ape? dan ke berape?

minta maaf. Dalil adalah surah Al Qasas ayat 77. (28:77)

Hey keep posting such good and meaningful articles.

Just desire to say your article is as astounding. The clarity in your post is simply cool and i could assume you are an expert on this subject.

terima kasih atas maklumat yg begitu ringkas ini..love it


EmoticonEmoticon